Infaq Jumaat
Menjaga Masa Hadapan
Dengan Bersedekah
Infaq Wang
Berinfaq dengan wang seikhlas hati anda untuk mengukuhkan tabung kebajikan demi manfaat kita bersama.
Infaq Keperluan
Sedekahkan barangan keperluan untuk ahli yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Infaq Masa dan Tenaga
Untuk bekas pelajar UIAM matrikulasi 1996 dan graduan UIAM 2002 berinfaq masa, tenaga dan kepakaran.
Barangan Keperluan
Akan datang, kami bercadang untuk membuat aktiviti sumbangan barangan keperluan kepada ahli ALMA ’96 yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Biro Kebajikan
Sila hubungi Puan Asmawati untuk maklumat lanjut.
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat
9:00 pg – 4:00 ptg
WhatsApp:
Sertai kami membangunkan kebajikan bersama!
Untuk semua bekas pelajar UIAM matrikulasi 1996 dan graduan UIAM 2002, mari sertai kami membantu menjaga kebajikan bersama disamping mengukuhkan ukhuwwah dan menikmati pelbagai manfaat sebagai ahli ALMA ’96.
Ke manakah infaq anda disalurkan
Setiap wang yang diinfaqkan akan digunakan untuk tujuan kebajikan ahli ALMA ’96 yang ditimpa musibah dan sebagainya.
Antara tujuan kebajikan
- Menyediakan bantuan kewangan kecemasan kepada ahli yang memerlukan.
- Menyumbangkan untuk rawatan penyakit kepada ahli ataupun keluarga ahli yang memerlukan.
- Menyediakan khairat kematian kepada ahli atau keluarga terdekat ahli (masih dalam perancangan).
- Memberikan bantuan kewangan atau menyediakan barangan keperluan ahli yang memerlukan (masih dalam perancangan).
مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَاۤءُ ۗوَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ
Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.