Sumbangan Tahunan
Kenang-kenangan Anak-Anak Yatim
Sebuah inisiatif anjuran ALMA 96 untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada setiap anak yatim di bawah ALMA96
Persatuan Kita
Ditubuhkan demi merangkai ukhuwwah di samping menjaga kebajikan ahli ALMA96.
Infaq Jumaat
Inisiatif sumbangan ikhlas setiap Jumaat bagi pelbagai tujuan aktiviti kebajikan ALMA96.
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan, cadangan dan maklumbalas, sila hubungi wakil ALMA96.
RM100 bagi setiap anak
Sebuah inisiatif anjuran ALMA 96 untuk menyalurkan sumbangan sebanyak RM100 / RM50 dari tabung ALMA96 dan tambahan sumbangan awam daripada inisiatif ini kepada setiap anak yatim ALMA96.
Setiap sen membantu
Kami amat mengalu-alukan sebarang jumlah yang ingin disumbangkan. Ketahuilah bahawa setiap sen yang anda sumbangkan akan digunakan sebaik mungkin untuk menjayakan inisiatif ini. Ia mungkin tidak dapat menutup kekosongan dalam hati mereka akibat kehilangan insan tersayang, tetapi setidak-tidaknya dapat meringankan beban penjaga mereka dan mengukirkan sedikit senyuman di bibir anak-anak ini, kerana senyuman mereka amat berharga buat kita semua.
Misi Kami
Memberikan sedikit kegembiraan kepada setiap anak yatim ahli ALMA96 yang sudah kehilangan salah seorang atau kedua ibubapa mereka. Walaupun inisiatif ini berskala kecil, kami mempunyai misi yang besar.
Mengukir senyuman pada setiap anak yatim ALMA96
Menjadi inspirasi kebaikan kepada mereka
Meneruskan usaha kebajikan buat mereka.
Syarat-Syarat Kelayakan
Sila rujuk syarat-syarat kelayakan di bawah untuk memastikan jika anak anda layak untuk menerima sumbangan.
Bawah 18 Tahun
Terbuka untuk semua anak-anak yatim berumur tidak melebihi 18 tahun yang mana salah seorang ibu-bapanya adalah ahli alumni:
Bekas Pelajar Pusat Matrikulasi UIAM 1996; atau Bekas Pelajar UIAM 1998
Kelayakan Penuh
Anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa yang merupakan ahli alumni, mempunyai kelayakan penuh sumbangan sejumlah RM100 dan tambahan sumbangan awam (jika ada).
Kelayakan Separuh
Anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa yang merupakan pasangan kepada ahli alumni, mempunyai kelayakan separuh sumbangan sejumlah RM50 dan tambahan sumbangan awam (jika ada).
Permohonan
Pemohon dikehendaki mengisi maklumat menggunakan Borang B1 dan hantarkan kepada wakil sebelum 10hb April 2023. Sila muat turun Borang B1 tersebut melalui butang berikut.
Maaf, pendaftaran telah ditutup.
Sila hubungi wakil ALMA96 untuk sebarang rayuan.
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
Anak Yatim Dibantu
Sumbangan ALMA96
Sumbangan Awam
Setiap Anak Yatim
Hubungi Wakil ALMA96
Bagi memudahkan proses permohonan atau sumbangan, kami telah melantik wakil ALMA96 di setiap zon untuk anda hubungi sepanjang inisiatif ini berjalan.
Zon Tengah
Hairunisah Roslan
012-3645643
Amir Hamzah
013-3478807
Zon Timur
Aswadi Md Nor
012-9564509
Nordin Mat Hussin
013-3637798
Zon Utara
Ahmedulhadie Muhammad
019-3739646
Zairulnahar Zakaria
019-6002044
Zon Selatan
Saadiah Abd Razak
012-9619200
Siti Nurzaya Hasan
019-2988182
Sabah & Sarawak
Awangku Mohd Nizam
012-8744932
Noresam Bin Ismail
019-7171921
Membantu Anak-Anak Yatim Amat Dianjurkan Islam
“Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Al-Baqarah : 220
Ingin Membuat Sumbangan
Jika anda ingin membuat sumbangan bagi tujuan inisiatif ini, sila imbas QR Code atau tekan butang berikut.
Maaf. Kategori sumbangan ini telah ditutup
Walau bagaimanapun, anda masih boleh menyumbang melalui inisiatif Infaq Jumaat.
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
