Bantuan Pendidikan

Pendaftaran SBP dan MRSM 2023

Sebuah inisiatif anjuran ALMA 96 untuk menggalakkan anak-anak ahli ALMA96 melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM dan sekolah-sekolah yang setaraf dengan SBP.

Persatuan Kita

Ditubuhkan demi merangkai ukhuwwah di samping menjaga kebajikan ahli ALMA96.

Infaq Jumaat

Inisiatif sumbangan ikhlas setiap Jumaat bagi pelbagai tujuan aktiviti kebajikan ALMA96.

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan, cadangan dan maklumbalas, sila hubungi wakil ALMA96.

RM100 bagi setiap anak

Inisiatif ini mensasarkan sejumlah RM100 untuk disumbangkan kepada setiap anak ahli ALMA96 yang melanjutkan peringkat menengah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM dan setaraf dengan SBP.

Demi Membina Legasi

Dalam usaha menggalakkan anak-anak ahli ALMA96 untuk melanjutkan peringkat menengah ke SBP, MRSM dan sekolah-sekolah setaraf SBP, ALMA96 akan menyalurkan bantuan melalui wang sumbangan yang telah diterima ke dalam tabung ALMA96 selama ini.

Misi Kami

Meningkatkan prestasi pendidikan anak-anak ahli ALMA96 melalui pendidikan di SBP, MRSM dan sekolah-sekolah bertaraf SBP.

Meningkatkan minat anak-anak ke sekolah dimaksudkan

Menjadi inspirasi kebaikan kepada mereka

Meneruskan usaha kebajikan buat mereka.

Syarat-Syarat Kelayakan

Sila rujuk syarat-syarat kelayakan di bawah untuk memastikan jika anak anda layak untuk menerima sumbangan.

Ibubapa ALMA96

Salah seorang atau kedua-dua ibubapa pelajar terbabit adalah ahli berdaftar sah ALMA96.

Tawaran terkini

Sah untuk tawaran dan kemasukan sesi 2023/2024 sahaja. Salinan surat tawaran perlu dikemukakan.

SBP dan setaraf

Pelajar akan melanjutkan peringkat menengah ke SBP, MRSM atau sekolah-sekolah setaraf SBP sahaja.

Tingkatan 1 dan 4

Pelajar akan memasuki peringkat menengah ke tingkatan 1 atau tingkatan 4 sahaja.

Sekali Permohonan

Merupakan permohonan pertama atau permohonan sekali sahaja untuk kemasukan tahun semasa.

Cara Membuat Permohonan

Pemohon dikehendaki mengisi maklumat menggunakan Borang B1 dan hantarkan kepada wakil sebelum tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan. Borang B1 tersebut boleh dimuat turun melalui butang berikut.

Pastikan ibu/bapa/ibubapa telah berdaftar dan tidak mempunyai tunggakan yuran keahlian ALMA96.

Pastikan Borang B1 yang telah lengkap serta satu salinan Surat Tawaran diserahkan kepada ALMA96 sebelum 30hb April 2023.

Pastikan Borang B1 telah dimuat turun dan dilengkapkan sepenuhnya dengan jelas.

Maaf, pendaftaran telah ditutup.

Sila hubungi wakil ALMA96 untuk sebarang rayuan.


Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Pelajar Dibantu

Sumbangan ALMA96

Ringgit / Pelajar

Belum Jadi Ahli ALMA96

Ikuti langkah berikut untuk menjadi ahli berdaftar sah Persatuan Alumni Matrik UIAM 1996 (ALMA96) sekarang.

Isikan borang keahlian yang boleh dimuat turun di bawah

Buat pembayaran Yuran Pendaftaran sebanyak RM20 sahaja

Buat pembayaran Yuran Tahunan sebanya RM30 sahaja
Pembayaran Yuran Pendaftaran dan Yuran Tahunan oleh dibuat kepada;
Persatuan Alumni Matrik UIAM 1996
Maybank A/C No. 5660 1063 9443

Hubungi Wakil ALMA96

Bagi memudahkan proses permohonan atau sumbangan, kami telah melantik wakil ALMA96 di setiap zon untuk anda hubungi sepanjang inisiatif ini berjalan.

Zon Tengah

Hairunisah Roslan

012-3645643

Amir Hamzah

013-3478807

Zon Timur

Aswadi Md Nor

012-9564509

Nordin Mat Hussin

013-3637798

Zon Utara

Ahmedulhadie Muhammad

019-3739646

Zairulnahar Zakaria

019-6002044

Zon Selatan

Saadiah Abd Razak

012-9619200

Siti Nurzaya Hasan

019-2988182

Sabah & Sarawak

Awangku Mohd Nizam

012-8744932

Noresam Bin Ismail

019-7171921

Tanggungjawab memberikan pendidikan dalam Islam

قَالَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ:
{مَا نَحَلَ وَالِدٌ وَلَدَهُ أَفْضَلَ مِنْ أَدَبٍ حَسَنٍ}

Maksudnya: Nabi SAW bersabda:
“Tidak ada pemberian seorang ayah untuk anaknya yang lebih utama daripada (pendidikan) dan adab yang mulia.”

(HR At-Tirmidzi dan Al-Hakim)

Ingin Membuat Sumbangan

Jika anda ingin membuat sumbangan bagi tujuan inisiatif ini, sila imbas QR Code atau tekan butang berikut.